Pages

Tuesday, April 17, 2012

#LOVE# kisah Laila dan si pemetik epal^_^


Inbox :

From : Mosh

To: Laila

Alhamdulilah,

Ini lah yg sehabis baik sye dpt lakukan,

Yg dapat sye cuba terangkan,

Dan apa yang sye dapat bantu.

Maaflah kalau terlalu panjang,

dan kadang2 melalut ntah mne,

Moga dapat apa yg cuba disampaikan..

Diri ini punya jutaan salah dan silap, apatah lagi dosa2 yg menggunung.

Utk kesekian kalinya, sye minta maaf terhadap segala salah dan silap, sengaja atau tidak. 0 0 kan..

Moga segala yang telah terjadi antara kita sepanjang 6 tahun ni, menjadi pengajaran dan merupakan tarbiah (didikan) direct dari Allah utk kita menempuh hidup yang masih panjang.

Moga Allah perkuatkan dan tabahkan diri dalam menempuh segalanya..

Insyaallah, doaku sentiasa mengiringi dirimu, saudara2ku.(49;10)

Akhir kalam..

Selamat hari lahir yang ke-19.

Semoga dapat apa yang diimpikan.. : )

-Hati hati ini milik Allah,

Allah yg menggenggamnya,

Allah jua la yg akan meletakkan perasaan cinta insani dalam diri kita kepada sesiapa yg dikehendaki.

For you;

‎"You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Pharoah, but it didn’t change her goodness or her ‘aqeedah. You might be married to the best man on earth, like Prophet Lut’s wife, yet that doesn’t mean you’re going to Jannah with him. You might not be married at all, like our beloved Maryam (raa) yet Allah swt places your status above all other women on earth. Have faith in Allah always & place your full trust in Him. He’s the central focal point of our lives." [Heba El-Haddad]

Kita hanyalah hamba Allah.. dan kepadanya diserahkan segala sesuatu..

وَقَالُواْ حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

...Cukuplah Alllah (sebagai penolong) bagi kami dan dia sebaik-baik pelindung”. (3;173)

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً

dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (65;3).

Laila,

aku tinggalkan kau kerana ALLAH”..

Allah ma’ak..

Assalamualaikum..

**************************************************************************

Message reply:

From :Laila

To: Mosh

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sejuta ucapan syukur x terhingga sye panjatkan kepada Allah. Dia tahu apa yang terbaik. Setiap liku kehidupan ini sudah tertulis dan terlukis suratan takdir. Ada kalanya suka, dan adakalanya duka. Permainan sandiwara kehidupan membuatkan hati ini tabah menempuh hari2 mendatang. Berbekalkan pengalaman, dan pengajaran disetiap simpang kehidupan . perkara yang terpenting dalam kehidupan ialah redha dan tabah menempuh apa jua ketentuan walaupun ianya pahit untuk ditelan.

Alhamdulillah, email mu selamat sye terima. Ini lah takdirnya. Walaupun berat, walaupun sesak nafas ini. Mengalir air mata hingga x tertahan. Terhimpit perasaan terluka pedih. Lemah seluruh tubuh. Penantian ini akhirnya bertemu penghujungnya.engkau yang aku tunggu. Selalu hadir dalam setiap doaku, akhirnya pergi. Tapi aku redha. Ini lah lukisan takdirku. Ini lah yang terpaksa sye hadapi. Alhamdulillah. Masih lagi mampu tersenyum kerana sye sentiasa yakin Allah x pernah menyia2kan hambanya. (^_^)

Walaupun air mata ini tumpah. Walaupun jiwa ini rasa sribu satu kesedihan, namun sye harus tabah. Meniti hari2 menuju kedewasaan. Pelbagai onak dan duri terpaksa di harungi. Hati ini x kan pernah berpaling dari cinta hakiki. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup sye. Walaupun dalam waktu perkenalan yang singkat, tapi sudah cukup untuk memberi pengajaran kepada hati ku yg kadang2 alpa dengan keasyikan zaman remaja.

Alam remaja ini terlalu mencabar. sye terlalu lelah untuk mengharungi semua ini. Semangat mujahadah kadang2 ada. Kadang2 sirna. Hanya iman senipis kulit bawang ini sahaja yang sye punyai sebagai perisai melawan bisikan syaitan. Dan adakalanya tersungkur jua…….

mosh, simpan lah rasa serba salahmu. Hati ini mampu untuk bertahan mengahadapi keputusan ini. Pergilah kau berjuang dijalan Allah. Menuntut ilmu demi agama dan keluargamu. Aku disini sentiasa mendoakan kebahagiaan mu.

Masih lagi, pencarian ku belum berakhir. Menanti pemetik epal yang pernah kau nukilkan buat ku suatu ketika dulu. insyaAllah, suatu hari nanti, dia pasti akan hadir dlm hidupku. Terima kasih sekali lagi atas nasihatmu.

Doakan kejayaan ku disini. Tahun ini, sye akan habis program persediaan dan insyaAllah, akan berangkat ke australia tahun hadapan menyambung pengajian dalam bidang perubatan. mosh dan laila sama. Berjuang dijalan Allah dalam menuntut ilmu. Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama. insyaAllah…

Akhir kalam,

“aku terima perpisahan ini kerana Allah”

Assalamualaikum.